Conference di Lampeter.
28-29 Jun, saya sekeluarga dan K Ashi ke Lampeter untuk menghadiri Conference Study of Islam in Malaysia : Past, Present and Future.Sebulan sebelum itu mohon research fund dari Institute. Memang ada peruntukan untuk researcher untuk pergi bentang paper hadiri conference, hatta nak pergi ke library.
Alih2 dari £400 kos untuk ke sana (itu setelah kira tambang tren, yang lebih murah, walaupun kami naik kereta) hanya £200 diluluskan. K Ashi minta tambah lagi £50 sebab £200 tiket tren pun tak lepas. Nak buat camne, memang temat tu jauh dan berliku2, kena tukar ren banyak kali. Dll. Sebab tu kami pilih pergi dengan kereta walaupun lebih mahal.
Sabar. Sabar lagi, dan Sabar.
Tetapi rezeki itu dari Allah. Kalau ikutkan pergi dengan MPV Peugeot kami yang minum diesel tu, memangla berganda2 kosnya. Hari Khamis, abang dapat hadiah cabutan bertuah di kalangan top2 performance staff, car rental for weekend. Dapat tahu hari Khamis, kami nak pergi hari Jumaat. Memang Allah nak bantu. Yang menariknya, manager abang kata, dia pun tak tahu ada hadiah tu. Kalau tak tentu dah diwar2kan kepada staff sebelum ini. Lagi menguatkan keyakinan saya bahawa rezeki ini dari Allah. Kalau Allah nak bagi, Allah boleh bagi dengan cara yang tak disangka2.
Bagitahu K Ashi, kita akan naik kereta sewa, tapi 5 seater ajelah. Suami K Ashi kata, kereta 2 pintu ke. Nak jalan jauh2 nanti tak selesa. Yelah, logiknya takkan nak bagi hadiah bawa kereta besar2. Saya sabar aje. Wait and see.
Jumaat turun dari rumah naik MPV ke tempat kerja abang untuk ambil kereta. Toyota Prius Spirit. Saya tak de idea lagi apa ke jenis kereta tu. Sebab saya bukan kaki kereta. Bila sampai kereta abang cam terkial2 nak membiasakan diri dengan kereta tu, dibantu oleh managernya.
Rupanya kereta hibrid, gabungan elektrik dan petrol. 1.5 cc. Adala beberapa perkara yang berbeza pengendaliannya dari kereta biasa. Start pakai picit butang aje. Dan mula jalan tak bunyi apa2 sebab jalan pakai bateri/ elektrik.
Ada sat nav built in dengan panduan suara, gear otomatik, parking assistant, kalau undur, monitor kat depan paparkan imej dari kamera kat belakang, so, tak perlu pusing kepala ke belakang. dll.
Alhamdulillah, Allah bagi yang lebih baik, selain dapat jimatkan sikit duit minyak (walaupun masih berganda dari £250) dapat la pengalaman memandu kereta hibrid yang mementingkan alam sekitar. Alhamdulillah.
bersambung...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home