K Milah in Dundee
Dapat call dari no yang tak de dalam phone book. Call balik tak de orang angkat.Dapat call lagi, rupanya, K Milah.
Subhanallah, panjang umur dapat jumpa K Milah dan keluargnya yang sedang jalan2 ke Dundee selepas berconference di Glasgow.
Dah lama tak jumpa beliau, hampir 3 tahun. Setelah kahwin, saya memang tak pernah jumpa K Milah, melainkan contact melalui emel.
Anaknya sudah 2. Umar dan Maryam. Oleh kerana suami sedang bekerja, saya bawa K Milah ke Taza untuk meraikan beliau kembali di Dundee.
Yang mengagumkan saya, K Milah kahwin dengan seorang India Muslim dan kini ,ereka tinggal bersama ibu bapa suaminya di London. Subhanallah, pastinya K Milah tinggi sabar kerana pastinya banyak perbezaan2 yang perlu dihadapi dalam keluarga yang berlainan budaya dan bangsa. Indahnya jika ukhuwah dijalin kerana akidah yang satu. Umatmanusia bisa disatukan insha Allah. Jika berukhuwah hanya kerana bangsa semata, banyaklah yang akan tersingkir pergi.
Saidina Umar menegaskan, "Mulia kami kerana Islam," walaupun beliau berasal dari Arab Quraisy yang merupakan bangsa yang muliad di zaman itu.
Begitulah manisnya ukhuwah yang terjalin kerana Allah. Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home