Fresher’s camp of Scotland. Isle of Skye. - catatan tahun lepas
Pengalaman mengendalikan prog ini sangat berharga bagi saya, menyaksikan pelbagai ragam manusia, pelbagai pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat2. Tak mampu saya ungkapkan dengan kata2. Manisnya bekerja bila hanya mengharap redha Allah.Pelbagai angle boleh saya tulis tentang fresher;’s camp ini.
Angle 1: Fresher’s Camp as a whole program.
Jam 2.30 ptg, kami bertolak dari Dundee dengan mengisi barang2 ke dalam Zafira yang berbonet sungguh kecil, walaupun 7 seater. Mini MPV la katakan. Alhamdulillah semua penumpang redha bersempit2 dlm kenderaan itu. Iftida, Liyana, Mahadi, Nabhan , Hanan, saya dan Abang sebagai pemandu. Sesekali bertukar dengan Mahadi.
Perjalanan ke Tarland mengambil Iftida sungguh mencabar. Laluannya sempit, hutan dan lereng gunung. Satu ketika kami tersesat masuk ke jalan yang sangat kecil masuk ke hutan, naik bukit pula tu, Pick up kereta tak mampu nak naik bukit tu. Pelan2 abang undur dengan panduan suara Liyana menyuruh ke kanan dan ke kiri, manakala Mahadi di luar kenderaan menepuk2 kereta kalau berada di posisi bahaya. Macam treasure hunt pula lagaknya. Jalan2 tutup mata. Tayar kereta bau hangit kerana meneran ketika naik bukit tadi. Kami redahi segala kepayaan dengan kegembiraan bahawa sebentar lagi akan ketemu seorang ahli Dundee yang sering bersama selama ini.
Setelah tiba di Tarland semua gembira, cantik juga pekannya. Hotel tempat Iftida duduk kecil sahaja walau nama dia Comercial Hotel. Nampak historic pekan tu, dan rasa seperti berada di luar negara!
Setelah semua melaksanakan hajat masing2, kami menyambung perjalanan. Saya yang memang mabuk kalau naik kereta muntah 2 kali dlm perjalanan. Tak de dah nak sembang2 dengan adik2 lain, kerana akan menambah pening.
Hanan pula tak mahu tidur, saya terpaksa pangku dia bermain sambil saya tertidur2. Kerap kali tersentak2 kerana termimpi pintu kereta terbuka digapai tangan kecil Hanan.
Tiba Kyleakin Youth Hostel, Family Abg Md Nor dan Ust Burhan dah tiba. Beberapa rombongan Aberdeen juga tiba. Kami rehat2 seketika sambil bersiap untuk makan, solat jemaah. Makanan dimasak siap oleh K Najah dan K Nashitah dari Aberdeen. Sedap makan tgh lapar2 gitu. Air teh panas pun sedap, saya minum 4 gelas plastic.
Taklimat ringkas diberikan oleh abang untuk malam itu selaku AJK penempatan. Pendaftaran dimulakan, dan kunci bilik diserahkan.
Setelah sesi makan selesai, saya lepak dekat bilik urusetia dengan anak2 yang dah kepenatan. Hanan tertidur2 dan bangun kembali, menangis, pujuk, tidur dalam car seat, dan begitulah seterusnya. Nabhan pula jumpa mainan dan kawan2 langsung segar matanya. Hingga kawan2 dah naik atas ke bilik masing2 pun, dia masih main sendiri2 kat ruangan kanak2. Ada dapur mainan, periuk, pizza yang comel2 dll.
Kemudian peserta Edinburgh sampai, daftar, serah kunci bilik, makan, solat dan berehat.
Glasgow pula menyusul. Dua minibus dan satu MPV. Peserta teramai ke FC. Satu minibus tenggelam tayar dalam tanah. Berbondong2 sama2 pergi tolak hingga keluar balik. Daftar, serah kunci bilik, makan, solat dan berehat.
AJK berkumpul meeting untuk penyelarasan aktiviti esok hari. Pelbagai masalah diselesaikan dengan baik alhamdulillah, sedar2 jam dah 5.30 pagi, bermulanya tentative prog hari pertama. Semua bergerak pergi kejut orang tidur.
Saya tengok2kan Hanan dan Nabhan yang tidur atas sofa. Alhamdulillah, mereka tak meragam sangat. Merengek2 kecil sahaja. Sudah tentu mereka penat, tapi tak pe, mereka perlu belajar untuk berkorban. Susah dari kecil.
Solat Subuh berjemaah. Kuliah Subuh oleh Ust Burhan, sangat menarik, membawa peserta membetulkan niat datang ke program mencari redha Allah, meluaskan kenalan, berkongsi pengalaman, dll.
Taklimat prog, keselamatan, tandas dll.
Kemudian peserta…… (to be continued)
2 – 4 November, buat pertama kalinya Persatuan Melayu Glasgow, Komuniti Melayu Dundee, dan Persatuan Melayu Aberdeen bekerjasama menganjurkan Fresher’s Camp yang bertempat di Isle Of Skye.
Pengalaman manis sepanjang program tidak dapat saya lupakan. Mengenali sahabat2 baru, trip ke tempat2 menarik. Bertukar2 pengalaman dan mengutip semangat sahabat2.
Saya diberi amanah menguruskan program dan pengisian. Manakala abang pula menguruskan penempatan.
Maryam, anak saudara saya dari Dublin saya import khas untk membantu saya melaksanakan amanah ini. Alhamdulillah adik2 ini saling bantu membantu merealisasikan prog ini, alhamdulillah.
Insya Allah akan saya titipkan pengalaman sepanjang prog ini, nanti, jika berkesempatan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home