Melayu Dundee seru warga tempatan peringati Nakbah.
(Dundee, UK, 16/5/08) Masyarakat Dundee berbilang kaum dan agama berhimpun di Dataran Dundee City Square sempena memperingati 60 tahun Nakbah Palestin bertempat di Dundee City Square, Dundee, Scotland petang semalam.
“Nakbah” merujuk kepada pengusiran besar-besaran rakyat Palestin selepas peperangan Israel-Palestin 1948, apabila lebih 700,000 Palestin dipaksa meninggalkan tanah air mereka untuk penubuhan Negara haram Israel.
Majlis ini yang dianjurkan oleh Komuniti Melayu Dundee (KMD) dengan kerjasama Persatuan Islam Dundee University (DUIS) dan Persatuan Pelajar Institut Al-Maktoum (ALMISS) berjaya menghimpunkan ramai hadirin yang telah berkumpul sejak 4 petang lagi.
Acara dimulakan dengan pembentukan bendera Palestin oleh lebih 40 kanak-kanak yang terdiri dari anak-anak Palestin, tempatan dan Melayu dengan belon-belon berwarna merah, hitam, putih dan hijau di tangan masing-masing, sebagai lambang pengharapan sepenuhnya untuk tujuan menuntut keamanan dan keadilan di bumi Palestin dan seluruh warga asal Palestin.
Pengarah program, Fatimatuzzahra Abd Rahman, dalam ucapan pembukaannya menjelaskan Majlis Pelepasan Belon yang diadakan sebagai simbolik harapan kebebasan dan keamanan untuk warga pelarian Palestin seluruh dunia diadakan bertujuan menarik kesedaran rakyat Dundee khususnya dan dunia amnya tentang peristiwa hitam yang berlaku 15 Mei 1948 dahulu dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin sehingga sekarang. Menurut beliau lagi, ”60 biji belon yang ditaja oleh bukan sahaja masyarakat Dundee, malah juga dari tempat-tempat lain di United Kingdom dan Malaysia, memperingatkan semua bahawa telah 60 tahun warga Palestin menderita. Justeru kesengsaraan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.”
Beliau yang juga Presiden ALMISS dan Ketua Wanita KMD berkata, ”Simbolik di sebalik kanak-kanak yang memegang belon membawa mesej harapan untuk kehidupan generasi akan datang yang seharusnya diusahakan oleh generasi hari ini.”
”Tidak ramai yang tahu akan tarikh 15 Mei ini dengan peristiwa hitam Nakbah.
Mungkin ramai yang hanya tahu ia sebagai tarikh penubuhan negara (haram) Israel kerana diwara-warakan oleh media dunia. Justeru kita perlu berbuat sesuatu untuk menyampaikan mesej ini.” Kata beliau lagi.
Tiga orang tetamu turut berucap. Abdullah Maarouf, 29, pelajar PhD di Al-Maktoum Institute yang juga rakyat Palestin melahirkan kekesalan beliau kerana Palestin telah dinafikan haknya sebagai sebuah negara. Beliau menyatakan yang pada tarikh ini iaitu genap semenjak 60 tahun dahulu, Palestin telah ‘dilenyapkan’ daripada peta dunia. Hak Palestin telah dizalimi lebih setengah abad sehingga kini.

Sara El-Awaisi, 25, pelarian Palestin yang kini mendapat

Tetamu ketiga, Andree Ryan, sukarelawan berbangsa Yahudi yang bertugas dengan badan
Bandar Dundee dikenali sebagai ‘Twin City’ kepada bandar Nablus yang terletak di Palestin. Ini merupakan usaha murni warga Dundee dalam menjalankan usaha untuk membangunkan Nablus dari segi ekonomi khususnya, pendidikan dan lain–lain kebajikan.
Acara kemuncak adalah melepaskan 60 biji belon ke udara oleh kanak-kanak kecil yang telah menarik perhatian orang ramai di sekitar bandar.

Noor Akmal Shareela Ismail, 25, pelajar PhD bidang sains perubatan di Dundee University, yang turut terlibat dalam menjayakan program in menjelaskan, "Aktiviti mencari tajaan belon ini sebenarnya bertujuan memberi peluang sukarelawan menyampaikan mesej berkenaan Nakbah kepada massa dengan lebih meluas dan memberi peluang kepada masyarakat umum menulis mesej mereka tentang peristiwa Nakbah ini di atas kad berbentuk bendera Palestin yang direka khas dan diikat bersama-sama belon-belon tersebut. Individu boleh menaja seberapa yang mereka mahu, sehingga £5 sebiji belon. Malah ada yang lebih pemurah dan memberikan lebih.”
Menurut Normaizatul Afizah Binti Ismail, 27, pelajar master bidang Forensik Dundee Universiti, ”Kutipan tajaan belon melebihi £300 dalam masa dua hari membuktikan kesungguhan dan komitmen yang tinggi para sukarelawan untuk menyampaikan mesej Nakbah kepada masyarakat.”
Salah seorang hadirin, Khalid El-Awaisi, 28, pelarian Palestin yang kini mendapat kewarganegaraan Britain, melahirkan rasa terharunya atas keperihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Komuniti Melayu Dundee terhadap rakyat Palestin. ”Mereka berjaya melakukannya dengan persipan bertungkus lumus hanya dalam tiga hari.” Kata beliau.
Pengerusi KMD, Aminurraasyid Yatiban, menyatakan, ”Sebagai Muslim, kita mengambil berat tentang nasib saudara-saudara kita di Palestin tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Penglibatan Komuniti Melayu Dundee dalam menganjurkan majlis ini membuktikan kita tidak pernah lupakan mereka dan cuba membantu sedaya mungkin”
Ketika ditemui, beliau menegaskan, “Tanah Palestin (dikenali Israel hari ini) menyaksikan sejarah yang panjang dan pelbagai kuasa yang cuba menguasainya. Yang menariknya, Muslim, ketika membebaskan tanah ini dari kekejaman Rom oleh Saidina cUmar Al-Kattab, dan dari Tentera Salib oleh Salahudin Ayyubi, tidak pernah merampas tanah milik rakyat tempatan. Malah dalam dokumen Jaminan Keamanan oleh Saidina cUmar, diri, harta, gereja mereka dijanjikan keselamatan di bawah kerajaan Islam ketika itu dan Bayaran Jizyah adalah suatu indikasi mereka sedia menerima perlindungan dari kerajaan Islam. Ini sangat berbeza dengan tindakan Israel yang cuba menduduki wilayah ini tetapi dengan cara mengusir rakyat setempat, membunuh malah merampas rumah-rumah mereka."
Presiden DUIS, Altaf Hussein berkata, “Saya kira sangat penting untuk masyarakat seluruh dunia mengambil berat tentang isu Palestin, apatah lagi setelah mereka telah menderita selama 60 tahun. Saya harap majlis ini dapat melibatkan lebih ramai orang dan mendorong masyarakat Dundee untuk berterusan menyokong warga Palestin, sebagaimana melalui hubungan yang telah terjalin, bandar berkembar Dundee dan Nablus, iaitu sebuah wilayah di Palestin.”
Details program:
Nama: Majlis pelepasan belon sempena 60 tahun Nakbah.
Tarikh 15 Mei 2008-05-16
Waktu: 4.30 – 5.00 ptg
Tempat: Dataran Dundee City Square, Dundee, Scotland
Penganjur: Komuniti Melayu Dundee (KMD), Persatuan Islam Dundee University (DUIS) dan Persatuan Pelajar Institut Al-Maktoum.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home