ABC SNOW
Snow kali ini yang paling lebat pernah turun di Dundee dan paling lama. Dari 6 pagi hingga 12 tgh masih turun renyai2.Salji tebal. Turun perlahan2 dengan penuh syahdu...
Teringin nak makan salji. Saya buat research kat internet, tentang bahaya atau tidak makan salji ni.
Kajian yang dibuat mendapati, basically, ia bersih dan edible. Cuma ada kemungkinan contaminated dengan bahan2 kimia di udara seperti asap dan sebagainya. Nasihat yang diberikan ialah tunggu salji turun agak lama kemudian baru tadah.
Sebelum ini tak sempat nak tunggu lama salji dah berenti dulu. Tapi salji kali ini seperti memahami hasrat saya untuk menadah ais dari langit itu.
Apa lagi, percubaan membuat projek ABC Snow pun bermula...
Saya tadah 2 dulang atas bumbung kereta. Lebih kurang sejam kemudian, salji yang turun sedikit demi sedikit perlahan2 meliputi dulang tersebut. Tiba masa nak gi ambil, satu dulang telah ditarik orang ke atas tanah. Siapa pulak la yang dengki tengok dulang atas bumbung kereta, huhu...padahal dah tertutup dengan salji dah tu...
Nabhan dan Hanan pun excited nak makan salji. Ini dulang yang dapat diselamatkan.
Hanan di sisi accessories ABC yang tersedia dalam store. Cuma kena lari pergi kedai kejap cari evaporated milk.
Hanan di sisi accessories ABC yang tersedia dalam store. Cuma kena lari pergi kedai kejap cari evaporated milk.
Ada Sweet corn. Red kidney bean. Pineapple in syrup (ni yang paling best). Lychee dan peach sebagai perisa tambahan kalau sesuai. Syrup Ros dari malaysia. Ros kat sini rasa lain, wangi semacam. Ros la katakan... dan evaporated milk. Giant cup.
Mula2 seperti biasa, masukkan accessories ke dalam mangkuk.
Nabhan dan Hanan memproses ABC dengan mencedok snow ke dalam mangkuk masing2.
Umi tuangkan sirap dan evaporated milk.
Hmm... yummy....
Actually, rumah kami memang panas alhamdulillah, kerana ventilationnya memang bagus. Walaupun snow turun tak berenti kat luar, tapi kat dalam rumah cam kat Malaysia aje, tapi tak le panas sampai berpeluh2, kira maintain suhu bilik la. Jadi sesuai la nak makan ABC. Kalau sejuk menggigil2 tak lalu de nak makan ABC lagi...
Mula2 seperti biasa, masukkan accessories ke dalam mangkuk.
Nabhan dan Hanan memproses ABC dengan mencedok snow ke dalam mangkuk masing2.
Umi tuangkan sirap dan evaporated milk.
Nabhan dengan suit eskimo dan Hanan dengan suit summer. paradox.
Hmm... yummy....
Habis satu mangkuk, "Ummi... nak lagi. "
Tambah...
Habis satu dulang, "Ummi nak lagi..."
Huhu, snow dah habis, tak sempat dah nak tadah lagi...
Lagi pun tak elok makan banyak2.
At least dah lepas kempunan nak makan snow ABC. Alhamdulillah. ..
Actually, rumah kami memang panas alhamdulillah, kerana ventilationnya memang bagus. Walaupun snow turun tak berenti kat luar, tapi kat dalam rumah cam kat Malaysia aje, tapi tak le panas sampai berpeluh2, kira maintain suhu bilik la. Jadi sesuai la nak makan ABC. Kalau sejuk menggigil2 tak lalu de nak makan ABC lagi...
Lain kali kalau snow turun panjang2 lagi, (winter depan) bolehla buat parti ABC kat rumah Nabhan..... ajak auntie2 dan uncle dan kawan2 datang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home