menyambut warga baru... ciri muslim ke 10: bermanfaat kepada orang lain.
Tahun ini ramai student baru datang ke dundee, hingga hari ini, lebih 10 pelajar dengan family atau single telah selamat mendiami rumah2 mereka.Alhamdulillah. Saya akur perancangan abang memang tepat. Sejak memilih untuk terus bekerja atau berhenti kerja dan menjaga anak di rumah dulu, semua ini memang dalam pertimbangan. Bagaimana kita nak bantu orang kalau kita tak de pape. Kalau setakat nak hidup untuk famili sendiri, biasiswa memang cukup. kata orang cukup makan la. Kami pun bukan jenis banyak bershoping.
Kalau takat kereta merah yang kecil tu, nak tolong orang pun kena angkut banyak2 kali. Lagi kalau yang ada ahli keluarga ramai anak 2-3 orang, barang pun banyak. Kerana itu abang beli satu lagi kereta 7 seater, supaya senang kalau nak bantu orang. Memang belanja akan lebih kerana semua nak kena bayar 2, insurance, MOT, roadtax, tapi niat ikhlas abang untuk membantu warga melayu di Dundee ini saya syukuri.
KMD tidak ada sumber dari mana2, nak harapkan yuran yang dibayar (kalau bayar) oleh ahli takat £12 setahun seorang takat nak sewa dewan dan beli pinggan mangkuk pakai buang untuk majlis2 boleh la. Selebihnya memang abang banyak cover untuk beli bahan mentah, dan lain2. Walaupun policynya boleh claim dari KMD, tapi abang kerap tak claim. Ye lah, kita tahu kalau claim banyak kali pun, KMD bukannya ada duit banyak.
Kenapa KMD tak berniaga ke, usahakan duit. Masa dan tenaga perlu diambil kira, kita di sini datang sebagai pelajar. Ada dependant yang kerja part time. Sepatutnya itu dah boleh kira usaha untuk menambah pendapatan KMD. Dengan kelebihan kewangan setiap individu tersebut, boleh disalurkan melalui sumbangan makanan, dan lain2 bila sekali sekala kita buat majlis makan2 dll.
Betul, kalau abang berhenti kerja dulu, duk rumah jaga budak, abang boleh buat. Abang pandai jaga budak, masak pun boleh. Kami nak buat keputusan nak bagi orang jaga anak sendiri, tak mudah. Tentu tak sama dengan asuhan tangan sendiri. Tapi itu pengorbanan yang terpaksa dibuat. Setelah mengambil kira banyak perkara.
Kalau abang bekerja sekurangnya pengasuh Nabhan dan Hanan dapat jugak sumber pendapatan. Dia nak kerja lain memang tak boleh, sebab tak boleh tinggalkan rumah sebab dia pun ada anak. Kalau kami bawa orang dari Mesia, mungkin kosnya akan lebih murah tapi tu lah, kita bukan fikirkan diri dan keluarga kita sahaja, kita fikirkan orang lain juga.
Pastu, nanti kalau nak carikan rumah untuk warga baru, mana nak cari duit nak dahulukan deposit? Mana nak cari duit nak belikan simcard dulu untuk warga baru? Mana nak cari duit nak angkut ke hulu ke hilir uruskan pembelian barang, dan lain2 lagi. Kos nak contact ke malaysia untuk pastikan warga baru bersetuju dengan rumah yang dicari memang kena tanggung sendiri.
Alhamdulillah, bukan abang sorang yang buat semua ini, yang lain tolong juga.K Ika dan Abang Tarmidi menginfaqkan rumahnya untuk menempatkan warga baru dan mencarikan rumah, Abang Zahir dan K Ina juga banyak membantu menguruskan pengangkutan dan jamuan, Abang Taufiq dan K Aeni dan yang lain2 yang sudi membantu. Itulah manisnya warga KMD bersama2 menyahut semangat para Ansar menyambut dan mmebantu Muhajirin. Kita tak harapkan balasan pape. Mudahan hari ini warga KMD bantu warga baru, esok lusa, warga yang tinggal akan meneruskan tradisi ini mmebantu warga baru akan datang pula. Mudahan kebajikan ini akan berterusan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home