pindah memindah
Semalam K maziah pindah rumah, dari seafield road ke peddie street. Rakyat Melayu makin rapat ke satu kawasan. Tak pe, itu bukan bermakna kami hanya bergaul dengan orang melayu sahaja, hatta melayu dundee try buat prog campur dengan locals juga.
Abg Zahir pandu van. Ramai yang turun membantu. Lepas angkut barang dinner ramai2 kat rumah kami. Seronok.
Sabtu lepas mahadi pun selamat pindah.
Ziarah sebelum pulang.
Semalam menziarahi sahabat family K Nashitah di Aberdeen yanga kan pulang ke Malaysia lagi 2 minggu. K Nashitah sumber inspirasi yang telah mengharungi pahit maung menimba ilmu di bumi scotland ini, pernah dengan tanggungan kewangan sendiri tanpa biasiswa.
Dalam pada itu, bilangan ahli keluarga tetap bertambah.
Semoga saya dapat mengikuti jejak langkah beliau insha Allah.
Ya Allah, sudilah pandang hambaMu ini. Bantulah hambaMu ini....
Sempat jalan2 di taman bunga.
Conference di London.
Saya menghadiri conference di London anjuran Al-Maktoum Intitute bertempat di University Greenwich. Pengalaman yang menarik.
Saya menjadi juruvideo volunteer.
Nantilah saya tuliskan pengalaman menarik ke Greenwich.
Conference di Lampeter.
28-29 Jun, saya sekeluarga dan K Ashi ke Lampeter untuk menghadiri Conference Study of Islam in Malaysia : Past, Present and Future.
Sebulan sebelum itu mohon research fund dari Institute. Memang ada peruntukan untuk researcher untuk pergi bentang paper hadiri conference, hatta nak pergi ke library.
Alih2 dari £400 kos untuk ke sana (itu setelah kira tambang tren, yang lebih murah, walaupun kami naik kereta) hanya £200 diluluskan. K Ashi minta tambah lagi £50 sebab £200 tiket tren pun tak lepas. Nak buat camne, memang temat tu jauh dan berliku2, kena tukar ren banyak kali. Dll. Sebab tu kami pilih pergi dengan kereta walaupun lebih mahal.
Sabar. Sabar lagi, dan Sabar.
Tetapi rezeki itu dari Allah. Kalau ikutkan pergi dengan MPV Peugeot kami yang minum diesel tu, memangla berganda2 kosnya. Hari Khamis, abang dapat hadiah cabutan bertuah di kalangan top2 performance staff, car rental for weekend. Dapat tahu hari Khamis, kami nak pergi hari Jumaat. Memang Allah nak bantu. Yang menariknya, manager abang kata, dia pun tak tahu ada hadiah tu. Kalau tak tentu dah diwar2kan kepada staff sebelum ini. Lagi menguatkan keyakinan saya bahawa rezeki ini dari Allah. Kalau Allah nak bagi, Allah boleh bagi dengan cara yang tak disangka2.
Bagitahu K Ashi, kita akan naik kereta sewa, tapi 5 seater ajelah. Suami K Ashi kata, kereta 2 pintu ke. Nak jalan jauh2 nanti tak selesa. Yelah, logiknya takkan nak bagi hadiah bawa kereta besar2. Saya sabar aje. Wait and see.
Jumaat turun dari rumah naik MPV ke tempat kerja abang untuk ambil kereta. Toyota Prius Spirit. Saya tak de idea lagi apa ke jenis kereta tu. Sebab saya bukan kaki kereta. Bila sampai kereta abang cam terkial2 nak membiasakan diri dengan kereta tu, dibantu oleh managernya.
Rupanya kereta hibrid, gabungan elektrik dan petrol. 1.5 cc. Adala beberapa perkara yang berbeza pengendaliannya dari kereta biasa. Start pakai picit butang aje. Dan mula jalan tak bunyi apa2 sebab jalan pakai bateri/ elektrik.
Ada sat nav built in dengan panduan suara, gear otomatik, parking assistant, kalau undur, monitor kat depan paparkan imej dari kamera kat belakang, so, tak perlu pusing kepala ke belakang. dll.
Alhamdulillah, Allah bagi yang lebih baik, selain dapat jimatkan sikit duit minyak (walaupun masih berganda dari £250) dapat la pengalaman memandu kereta hibrid yang mementingkan alam sekitar. Alhamdulillah.
bersambung...
K Milah in Dundee
Dapat call dari no yang tak de dalam phone book. Call balik tak de orang angkat.
Dapat call lagi, rupanya, K Milah.
Subhanallah, panjang umur dapat jumpa K Milah dan keluargnya yang sedang jalan2 ke Dundee selepas berconference di Glasgow.
Dah lama tak jumpa beliau, hampir 3 tahun. Setelah kahwin, saya memang tak pernah jumpa K Milah, melainkan contact melalui emel.
Anaknya sudah 2. Umar dan Maryam. Oleh kerana suami sedang bekerja, saya bawa K Milah ke Taza untuk meraikan beliau kembali di Dundee.
Yang mengagumkan saya, K Milah kahwin dengan seorang India Muslim dan kini ,ereka tinggal bersama ibu bapa suaminya di London. Subhanallah, pastinya K Milah tinggi sabar kerana pastinya banyak perbezaan2 yang perlu dihadapi dalam keluarga yang berlainan budaya dan bangsa. Indahnya jika ukhuwah dijalin kerana akidah yang satu. Umatmanusia bisa disatukan insha Allah. Jika berukhuwah hanya kerana bangsa semata, banyaklah yang akan tersingkir pergi.
Saidina Umar menegaskan, "Mulia kami kerana Islam," walaupun beliau berasal dari Arab Quraisy yang merupakan bangsa yang muliad di zaman itu.
Begitulah manisnya ukhuwah yang terjalin kerana Allah. Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan.
BBQ KMD Rejab
Setelah setahun, BBQ KMD kembali muncul dengan lokasi kali ini yang sangat strategik Tentsmuir beach.
Team BBQ juga sanat mantap khabarnya dengan skill bakaran yang lebih mantap. Dengan penggunaan arang starter menjadikan api marak dengan lebih pantas dan ayam dan kambing bakar yang lazat.
Bau aje pun dah tahu sedap.
Majoriti kali ini adalah family, jadi, meraikan parent2 yang sibuk menguruskan anak2, kita tak buat aktiviti sampingan seperti gubahan buah seperti tahun lepas.
Aktiviti lepas makan ialah berjalan2 ke pantai dan mencecah air North Sea.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan makanan yang lazat2. Beruntungnya kita kat sini dapat makan lazat2. Jangan lupa saudara kita di tempat lain yang mungki sedang kelaparan sebab bekalan beras sedunia sedang merudum.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Welcome Dinner with If's parent and A Taufik n K Aeni's Family.
Selamat datang diucapkan buat mak dan ayah Iftida yang datang ke Dundee meraikan graduation adik kita, Iftida yang dah bergelar doktor alhamdulillah. Alhamdulillah dalam kepenatan, mereka sudi menerima jemputan makan di rumah kami yang seadanya. Dinner turut meraikan family baru di Dundee, K Aeni dan Abg Taufik serta anak2 mereka, Farhan, Iskandar dan Fathi yang comel. Semoga talian ukhuwah yang terjalin semakin utuh didasari keimanan kerana Allah Taala.