Melayu Dundee seru warga tempatan peringati Nakbah.
(Dundee, UK, 16/5/08) Masyarakat Dundee berbilang kaum dan agama berhimpun di Dataran Dundee City Square sempena memperingati 60 tahun Nakbah Palestin bertempat di Dundee City Square, Dundee, Scotland petang semalam.
“Nakbah” merujuk kepada pengusiran besar-besaran rakyat Palestin selepas peperangan Israel-Palestin 1948, apabila lebih 700,000 Palestin dipaksa meninggalkan tanah air mereka untuk penubuhan Negara haram Israel.
Majlis ini yang dianjurkan oleh Komuniti Melayu Dundee (KMD) dengan kerjasama Persatuan Islam Dundee University (DUIS) dan Persatuan Pelajar Institut Al-Maktoum (ALMISS) berjaya menghimpunkan ramai hadirin yang telah berkumpul sejak 4 petang lagi.
Acara dimulakan dengan pembentukan bendera Palestin oleh lebih 40 kanak-kanak yang terdiri dari anak-anak Palestin, tempatan dan Melayu dengan belon-belon berwarna merah, hitam, putih dan hijau di tangan masing-masing, sebagai lambang pengharapan sepenuhnya untuk tujuan menuntut keamanan dan keadilan di bumi Palestin dan seluruh warga asal Palestin.
Pengarah program, Fatimatuzzahra Abd Rahman, dalam ucapan pembukaannya menjelaskan Majlis Pelepasan Belon yang diadakan sebagai simbolik harapan kebebasan dan keamanan untuk warga pelarian Palestin seluruh dunia diadakan bertujuan menarik kesedaran rakyat Dundee khususnya dan dunia amnya tentang peristiwa hitam yang berlaku 15 Mei 1948 dahulu dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin sehingga sekarang. Menurut beliau lagi, ”60 biji belon yang ditaja oleh bukan sahaja masyarakat Dundee, malah juga dari tempat-tempat lain di United Kingdom dan Malaysia, memperingatkan semua bahawa telah 60 tahun warga Palestin menderita. Justeru kesengsaraan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.”
Beliau yang juga Presiden ALMISS dan Ketua Wanita KMD berkata, ”Simbolik di sebalik kanak-kanak yang memegang belon membawa mesej harapan untuk kehidupan generasi akan datang yang seharusnya diusahakan oleh generasi hari ini.”
”Tidak ramai yang tahu akan tarikh 15 Mei ini dengan peristiwa hitam Nakbah. Mungkin ramai yang hanya tahu ia sebagai tarikh penubuhan negara (haram) Israel kerana diwara-warakan oleh media dunia. Justeru kita perlu berbuat sesuatu untuk menyampaikan mesej ini.” Kata beliau lagi.
Tiga orang tetamu turut berucap. Abdullah Maarouf, 29, pelajar PhD di Al-Maktoum Institute yang juga rakyat Palestin melahirkan kekesalan beliau kerana Palestin telah dinafikan haknya sebagai sebuah negara. Beliau menyatakan yang pada tarikh ini iaitu genap semenjak 60 tahun dahulu, Palestin telah ‘dilenyapkan’ daripada peta dunia. Hak Palestin telah dizalimi lebih setengah abad sehingga kini.
Sara El-Awaisi, 25, pelarian Palestin yang kini mendapat kewarganegaraan Britain pula turut melahirkan kekesalan terhadap warga dunia kerana tidak dapat berbuat sesuatu yang dapat membantu rakyat Palestin mendapatkan kembali hak mereka. Beliau menceritakan bagaimana kepayahan datuk dan nenek beliau yang turut terlibat sebagai pelarian 60 tahun lalu kerana kekejaman Israel. Beliau sangat menyesali hal ini kerana sehingga ke hari ini keadilan masih tidak terbela. “Datuk saya masih masih menyimpan kunci rumahnya di Palestin. Ia adalah harapannya bahawa keluarga ini akan kembali semual satu hari nanti.” Bagi beliau, pihak berkuasa seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu malahan kerajaan Britain khususnya sepatutnya mengambil langkah serius dalam menangani kezaliman ini. Beliau berpendapat, sekurang-kurangnya kerajaan Britain perlu memohon maaf kepada warga Palestin yang dinafikan hak mereka memandangkan kerajaan British turut terlibat dalam peristiwa bersejarah ini 60 tahun dahulu kerana membantu penjajahan haram tanah Palestin berlaku. Pada tarikh ini, 15 Mei 1948 kerajaan Israel ditubuhkan secara rasminya dan menandakan berakhirnya hak Palestin sebagai sebuah negara tersendiri. Sehingga kini, setelah 60 tahun berlalu tiada bantuan keamanan yang diberikan untuk mengelakkan daripada ancaman kekejaman Israel. Ini ditambah pula dengan penempatan secara haram orang-orang Yahudi di Palestin untuk menjadikan tanah jajahan haram Israel semakin meluas.
Tetamu ketiga, Andree Ryan, sukarelawan berbangsa Yahudi yang bertugas dengan badan kebajikan di Nablus mengecam tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan. “Nakbah masih berterusan. Hari ini bukanlah hari kemenangan bagi bangsa saya, tetapi hari hitam bagi seluruh rakyat Palestin.” Tegas beliau. “Situasi di sana sungguh teruk”Tambah beliau lagi yang baru pulang dari misi kemanusiaan di Tebing Barat.”
Bandar Dundee dikenali sebagai ‘Twin City’ kepada bandar Nablus yang terletak di Palestin. Ini merupakan usaha murni warga Dundee dalam menjalankan usaha untuk membangunkan Nablus dari segi ekonomi khususnya, pendidikan dan lain–lain kebajikan.
Acara kemuncak adalah melepaskan 60 biji belon ke udara oleh kanak-kanak kecil yang telah menarik perhatian orang ramai di sekitar bandar. Ketika belon-belon ini dilepaskan, kedengaran orang-orang Palestin menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka. Acara selama sejam ini ternyata memberikan impak bukan sahaja kepada umat Islam yang lain, tetapi sebagai mesej keamanan kepada seluruh warga dunia.
Noor Akmal Shareela Ismail, 25, pelajar PhD bidang sains perubatan di Dundee University, yang turut terlibat dalam menjayakan program in menjelaskan, "Aktiviti mencari tajaan belon ini sebenarnya bertujuan memberi peluang sukarelawan menyampaikan mesej berkenaan Nakbah kepada massa dengan lebih meluas dan memberi peluang kepada masyarakat umum menulis mesej mereka tentang peristiwa Nakbah ini di atas kad berbentuk bendera Palestin yang direka khas dan diikat bersama-sama belon-belon tersebut. Individu boleh menaja seberapa yang mereka mahu, sehingga £5 sebiji belon. Malah ada yang lebih pemurah dan memberikan lebih.”
Menurut Normaizatul Afizah Binti Ismail, 27, pelajar master bidang Forensik Dundee Universiti, ”Kutipan tajaan belon melebihi £300 dalam masa dua hari membuktikan kesungguhan dan komitmen yang tinggi para sukarelawan untuk menyampaikan mesej Nakbah kepada masyarakat.”
Salah seorang hadirin, Khalid El-Awaisi, 28, pelarian Palestin yang kini mendapat kewarganegaraan Britain, melahirkan rasa terharunya atas keperihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Komuniti Melayu Dundee terhadap rakyat Palestin. ”Mereka berjaya melakukannya dengan persipan bertungkus lumus hanya dalam tiga hari.” Kata beliau.
Pengerusi KMD, Aminurraasyid Yatiban, menyatakan, ”Sebagai Muslim, kita mengambil berat tentang nasib saudara-saudara kita di Palestin tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Penglibatan Komuniti Melayu Dundee dalam menganjurkan majlis ini membuktikan kita tidak pernah lupakan mereka dan cuba membantu sedaya mungkin”
Ketika ditemui, beliau menegaskan, “Tanah Palestin (dikenali Israel hari ini) menyaksikan sejarah yang panjang dan pelbagai kuasa yang cuba menguasainya. Yang menariknya, Muslim, ketika membebaskan tanah ini dari kekejaman Rom oleh Saidina cUmar Al-Kattab, dan dari Tentera Salib oleh Salahudin Ayyubi, tidak pernah merampas tanah milik rakyat tempatan. Malah dalam dokumen Jaminan Keamanan oleh Saidina cUmar, diri, harta, gereja mereka dijanjikan keselamatan di bawah kerajaan Islam ketika itu dan Bayaran Jizyah adalah suatu indikasi mereka sedia menerima perlindungan dari kerajaan Islam. Ini sangat berbeza dengan tindakan Israel yang cuba menduduki wilayah ini tetapi dengan cara mengusir rakyat setempat, membunuh malah merampas rumah-rumah mereka."
Presiden DUIS, Altaf Hussein berkata, “Saya kira sangat penting untuk masyarakat seluruh dunia mengambil berat tentang isu Palestin, apatah lagi setelah mereka telah menderita selama 60 tahun. Saya harap majlis ini dapat melibatkan lebih ramai orang dan mendorong masyarakat Dundee untuk berterusan menyokong warga Palestin, sebagaimana melalui hubungan yang telah terjalin, bandar berkembar Dundee dan Nablus, iaitu sebuah wilayah di Palestin.”
Details program: Nama: Majlis pelepasan belon sempena 60 tahun Nakbah. Tarikh 15 Mei 2008-05-16 Waktu: 4.30 – 5.00 ptg Tempat: Dataran Dundee City Square, Dundee, Scotland Penganjur: Komuniti Melayu Dundee (KMD), Persatuan Islam Dundee University (DUIS) dan Persatuan Pelajar Institut Al-Maktoum.
DUNDEE 23/4/2008 - Warga Dundee meraikan kejayaan Abg Fadhli di Restoran Taza, City Quay, Dundee.
Berikut rakaman amanat Abg Fadhli buat semua warga Melayu Dundee sebagai kenang-kenangan dan suntikan semangat bagi yang masih berjuang.
Pihak penganjur meminta maaf dari warga Melayu Dundee yang tidak dapat hadir kerana makluman last minute yang dibuat. Pun begitu, sekurang-kurangnya objektif meraikan Abg Fadhli tercapailah dengan kehadiran wakil2.
Fresher’s camp of Scotland. Isle of Skye. - catatan tahun lepas
Pengalaman mengendalikan prog ini sangat berharga bagi saya, menyaksikan pelbagai ragam manusia, pelbagai pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat2. Tak mampu saya ungkapkan dengan kata2. Manisnya bekerja bila hanya mengharap redha Allah.
Pelbagai angle boleh saya tulis tentang fresher;’s camp ini.
Angle 1: Fresher’s Camp as a whole program.
Jam 2.30 ptg, kami bertolak dari Dundee dengan mengisi barang2 ke dalam Zafira yang berbonet sungguh kecil, walaupun 7 seater. Mini MPV la katakan. Alhamdulillah semua penumpang redha bersempit2 dlm kenderaan itu. Iftida, Liyana, Mahadi, Nabhan , Hanan, saya dan Abang sebagai pemandu. Sesekali bertukar dengan Mahadi.
Perjalanan ke Tarland mengambil Iftida sungguh mencabar. Laluannya sempit, hutan dan lereng gunung. Satu ketika kami tersesat masuk ke jalan yang sangat kecil masuk ke hutan, naik bukit pula tu, Pick up kereta tak mampu nak naik bukit tu. Pelan2 abang undur dengan panduan suara Liyana menyuruh ke kanan dan ke kiri, manakala Mahadi di luar kenderaan menepuk2 kereta kalau berada di posisi bahaya. Macam treasure hunt pula lagaknya. Jalan2 tutup mata. Tayar kereta bau hangit kerana meneran ketika naik bukit tadi. Kami redahi segala kepayaan dengan kegembiraan bahawa sebentar lagi akan ketemu seorang ahli Dundee yang sering bersama selama ini.
Setelah tiba di Tarland semua gembira, cantik juga pekannya. Hotel tempat Iftida duduk kecil sahaja walau nama dia Comercial Hotel. Nampak historic pekan tu, dan rasa seperti berada di luar negara!
Setelah semua melaksanakan hajat masing2, kami menyambung perjalanan. Saya yang memang mabuk kalau naik kereta muntah 2 kali dlm perjalanan. Tak de dah nak sembang2 dengan adik2 lain, kerana akan menambah pening. Hanan pula tak mahu tidur, saya terpaksa pangku dia bermain sambil saya tertidur2. Kerap kali tersentak2 kerana termimpi pintu kereta terbuka digapai tangan kecil Hanan.
Tiba Kyleakin Youth Hostel, Family Abg Md Nor dan Ust Burhan dah tiba. Beberapa rombongan Aberdeen juga tiba. Kami rehat2 seketika sambil bersiap untuk makan, solat jemaah. Makanan dimasak siap oleh K Najah dan K Nashitah dari Aberdeen. Sedap makan tgh lapar2 gitu. Air teh panas pun sedap, saya minum 4 gelas plastic.
Taklimat ringkas diberikan oleh abang untuk malam itu selaku AJK penempatan. Pendaftaran dimulakan, dan kunci bilik diserahkan.
Setelah sesi makan selesai, saya lepak dekat bilik urusetia dengan anak2 yang dah kepenatan. Hanan tertidur2 dan bangun kembali, menangis, pujuk, tidur dalam car seat, dan begitulah seterusnya. Nabhan pula jumpa mainan dan kawan2 langsung segar matanya. Hingga kawan2 dah naik atas ke bilik masing2 pun, dia masih main sendiri2 kat ruangan kanak2. Ada dapur mainan, periuk, pizza yang comel2 dll. Kemudian peserta Edinburgh sampai, daftar, serah kunci bilik, makan, solat dan berehat. Glasgow pula menyusul. Dua minibus dan satu MPV. Peserta teramai ke FC. Satu minibus tenggelam tayar dalam tanah. Berbondong2 sama2 pergi tolak hingga keluar balik. Daftar, serah kunci bilik, makan, solat dan berehat.
AJK berkumpul meeting untuk penyelarasan aktiviti esok hari. Pelbagai masalah diselesaikan dengan baik alhamdulillah, sedar2 jam dah 5.30 pagi, bermulanya tentative prog hari pertama. Semua bergerak pergi kejut orang tidur. Saya tengok2kan Hanan dan Nabhan yang tidur atas sofa. Alhamdulillah, mereka tak meragam sangat. Merengek2 kecil sahaja. Sudah tentu mereka penat, tapi tak pe, mereka perlu belajar untuk berkorban. Susah dari kecil.
Solat Subuh berjemaah. Kuliah Subuh oleh Ust Burhan, sangat menarik, membawa peserta membetulkan niat datang ke program mencari redha Allah, meluaskan kenalan, berkongsi pengalaman, dll. Taklimat prog, keselamatan, tandas dll. Kemudian peserta…… (to be continued)
2 – 4 November, buat pertama kalinya Persatuan Melayu Glasgow, Komuniti Melayu Dundee, dan Persatuan Melayu Aberdeen bekerjasama menganjurkan Fresher’s Camp yang bertempat di Isle Of Skye. Pengalaman manis sepanjang program tidak dapat saya lupakan. Mengenali sahabat2 baru, trip ke tempat2 menarik. Bertukar2 pengalaman dan mengutip semangat sahabat2. Saya diberi amanah menguruskan program dan pengisian. Manakala abang pula menguruskan penempatan. Maryam, anak saudara saya dari Dublin saya import khas untk membantu saya melaksanakan amanah ini. Alhamdulillah adik2 ini saling bantu membantu merealisasikan prog ini, alhamdulillah. Insya Allah akan saya titipkan pengalaman sepanjang prog ini, nanti, jika berkesempatan.
Peluang berada jauh dari tanahair perlu saya manfaatkan untuk mencatat pengalaman yang dilalui buat dikongsi bersama sahabat juga kenangan dan pedoman di masa depan. Pelbagai bekalan bermanfaat turut saya himpunkan di sini untuk manfaat saya juga sahabat2. Berjalan di dunia pun perlukan bekalan dan persiapan, apatah lagi perjalanan menuju akhirat. Sesungguhnya dunia hanya jambatan menghimpun bekal ke akhirat yang abadi…
SOMETHING BENEFICIAL
Cashback
Photos
Register now! Get 25 free 4½"x6" Photo Prints + won a Digital Photo Frame!