Hari raya aidil adha kali ini tidak ramai yang berada di Dundee. Dah la penduduk melayu dundee makin sedikit, yang ada pula pergi beraya di tempat lain. Open house kami pada hari raya pertama boleh kata meriah la juga. Makanan disediakan ala kadar, cuma dalam kuantiti yang agak banyak sebab tak tahu ada yang tiada di Dundee.
Yang seronoknya, muslimat Dundee yang datang beraya cukup 4 pasang warna pakaian. Ia suatu kebetulan, bukan perancangan. Namun terasa indahnya ukhuwah bila seolah2 kami sefikrah dan berinstinct.
Peluang berada jauh dari tanahair perlu saya manfaatkan untuk mencatat pengalaman yang dilalui buat dikongsi bersama sahabat juga kenangan dan pedoman di masa depan. Pelbagai bekalan bermanfaat turut saya himpunkan di sini untuk manfaat saya juga sahabat2. Berjalan di dunia pun perlukan bekalan dan persiapan, apatah lagi perjalanan menuju akhirat. Sesungguhnya dunia hanya jambatan menghimpun bekal ke akhirat yang abadi…
SOMETHING BENEFICIAL
Cashback
Photos
Register now! Get 25 free 4½"x6" Photo Prints + won a Digital Photo Frame!