Majlis Iftar KMD 1
Minggu kedua berpuasa kami mengadakan majlis iftar.
Alhamdulillah, semua ahli KMD turut serta hadir.
Jamuan iftar dibuat secara potluck untuk membuka kepada semua orang menyumbangkan sajian dan berpeluang menikmati pahala menjamu orang berpuasa berbuka.
Selepas iftar, kami solat maghrib berjemaah. Kemudian menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Beramah mesra dengan ahli2 KMD yang ada antaranya datang dari Glasgow.
Kanak-kanak turut memeriahkan majlis pada malam itu.
Majlis diteruskan dengan tadarus Al-Quran, dan solat Isyak dan terawikh berjemaah.
Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan majlis ini, dari yang menyumbangkan juadah, tuan rumah yang menginfakkan rumahnya yang macam dewan besar.
Semoga Allah mengira semua itu sebagai ibadah.