Brechin castle centre Bayar 5 pound nak masuk. Sekumpulan orang-orang tua main bot pakai remote control dalam tasik. Aktiviti mengisi masa lapang mereka. Orang tua kita habiskan masa di masjid2 dan di surau2. Nabhan jumpa castle kecil ada tangga dan gelongsor. Terus dia melekat di situ. Kat country park tengok guinea pig, arnab, ayam, Nabhan excited dapat naik tractor. Ada tempat picnic dan mainan tractor untuk kanak2. Model farm mempamerkan alat2 yang digunakan untuk berladang. Tapi tengah tutup.
Abroath, kedai Mr Spink Abroath, beli ikan , smokies, Masuk kereta nabhan tak sabar2 nak rasa. Minta , minta lagi dan lagi. Nampaknya dia sunguh lapar dan sangat menggemari smokies salmon.
Picnic Plan untuk berBBQ ikan ditukar kepada picnic nasi dengan smokies dan salad, di tepi pantai abroath. Angin sejuk menghembus kami kedinginan. Sungguh berselera semua orang makan. Alhamdulillah tukar plan, sebab semua dah berkeroncong.
Pada 5 Ogos yang lalu, warga KMD dijemput menghadiri majlis tahnik Adik Muhamad Sirajudin Qabirul Karan. Warga termuda KMD setakat ini. Majlis berlangsung dengan meriah dengan alunan selawat memuji junjungan Rasulullah s.a.w. Kemudian semua menjamu selera dengan beriyani masakan K Syakila dan Dr Qabirul yang lazat. Ramai dah book nak belajar masak beriayni dengan K Syakila ni. Insya Allah nanti kita buat satu bengkel masak beriyani la.
Bertolak Perjalanan mengambil masa lebih kurang ½ jam menghala ke Cupar. Kereta2 berkonvoi. Seronok jalan sama2 ni.
Sampai Tiba di sana, kami tiba dulu di Cairnie Lodge. Rupanya farm sebelah aje. Setelah tiba dan park kereta, Abu Nabhan tinjau tempat yang sesuai untuk berpicnic. Langit tak terlalu panas. Jo’ong kata org Terengganu. Redup2 elok. Kanak2 seronok berlarian2 mengejar kawan2. Nabhan meluru mencari kawan2. Seronok betul dia dapat berlari di tempat lapang.
Picnic
Kami mengeluarkan bekal dan bererdar ke tempat picnic yang sesuai. Memang sesuai! Ada padang yang luas dengan mainan untuk kanak2; buaian, gelongsor, jongkang jongket. Kami angkut semua meja yang ada dan susun berdekatan. Buka bekalan. K Imah membuka skill mengupas tembikai. Anak2 riang ria bermain buai. Angin bertiup agak kencang. Sekali sekala meniup pasir halus (ke debunga jagung?) dari mega maze berdekatan. Buka bekalan, doa dan kami pun menjamu selera. Nasi berlauk ayam BBQ versi rumah Maryam, kambing K Imah, sambal belacan K Asyi, bihun K Syakila, popia Inda, dimakan dalam pinggan Fazilah. Ah, sungguh lazat. Alhamdulillah. ‘Paparazzi2’ profesional mula merakam saat2 gembira tersebut.
Nuha Senior (S) sungguh skilful menjaga adik2. Dia boleh tak lapar melihat makanan sebab nak jaga adik2. Bukan sorang, DUA! Di dukungnya Nabhan ke buaian, begitu juga Nuha Junior (J). Taruk adik2 atas buaian bersebelahan dan hayun. Pandai sungguh. Baru 10 tahun tu. Lepas semua orang nak pergi picking baru dia datang dekat saya cakap nak makan sikit.
Picking Lepas makan, semua beredar ke farm. Saya volunteer jaga makanan, sebab susah jugak nak angkut2 balik masuk kereta. Lagipun ada acara menghias aiskrim lepas picking. Minggu lepas saya dah picking bawa Maryam di Allan Hill. Pokok strawberry mesti sama aje kat mana2 pun. Sambil2 siapkan hadiah2 yang bakal diberikan, surprise!.
[Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)? Al-An’am:95 Sungguh bumi Scotland ni Allah jadikan sungguh indah. Semak samun pun berbunga2 di musim spring/summer. Dari yang kelihatan layu mati pada autumn dan winter, hidup subur menghijau pelbagai warna. Hidup selepas mati, mati selepas hidup. Demikianlah kuasa Allah. Apalah mustahilnya kita hambaNya untuk dihidupkan dan dimatikan?]
Pulang Hujan mula turun rintik2 halus. Setelah agak lama, ‘peladang2’ pulang membawa hasil berries masing2. Hujan makin lebat. Kami memutuskan untuk balik dan berkumpul di rumah K Asyi untuk makan malam dan acara menghias aiskrim. Teringat memori trip ke Lecht yang lepas kami transit rumah K Asyi juga untuk makan malam, sebab bekalan makanan masih banyak.
Aiskrim K Imah mula cair. Jadi perlu masukkan dalam peti segera.
Solat Asar Di rumah K Asyi, sambil menunggu perut lapar semula untuk makan malam, kami solat bergilir2. Sembang2 ukhuwah, pelbagai topic yang menarik dibincangkan.
Malang tidak berbau. Kereta Fazilah mengalami kecederaan ketika nak sampai ke Yarrow Terrace dah. Tak boleh bayang bila Fazilah kata kereta jadi bunyi macam motobot. Jadi, antara topic yang hangat dibincangkan ialah breakdown recovery untuk kereta. Dan GEM sebagai breakdown recovery kami sebelum ini yang berjasa dicadangkan. Memang sebelum ini, kami acap kali jugak bermasalah waktu travel. Tayar terburai (sebab tak sedar dia pancit), kunci tertinggal dalam kereta, minyak gear leaking, tak boleh start dll. Call GEM datang dan baiki. Kalau boleh settle di situ ok. Kalau tak bawa ke bengkel. Pernah tayar terburai waktu hujan tengah lebat. Tapi pekerja dia datang dan baiki tengah2 hujan tu. Kami disuruh masuk dalam lori dia. Bersungguh2 mereka ni kerja kan. Setiap kali servis tu kena caj, tapi boleh claim balik. Dan tak de had sebulan berapa kali nak claim. Kira memang puas hati la kami dengan GEM.
Makan malam Semua sedia untuk makan malam. Saya teringat kat K Eta, Mel dan Lizi. Terasa kehilangan pula mereka tak ada. Berhimpun beramai2 begini, tak ada sorang dua tu terasa tak cukup. K Eta dapat dicontact, saya pergi ambil K Eta, kawan dia dan Mirin (yang sedang berpuasa). Sayangnya Mel dan Lizi tak dapat dicontact.
Makan makan makan Banyak rupanya makanan. Apa tidaknya, ayam 4 ekor, kambing 2 kilo. Kenduri besar le. Masa budget tu, ingat biar lebih, jangan tak cukup.
Inda dan Kai hantar k Syakila balik. Mungkin baby dah menangis nak susu. Setia sungguh Dr Kabirul menjaga baby
Acara kemuncak Pertandingan menghias aiskrim. Peraturan: 1. Penyertaan berpasangan. 2. Boleh guna sebarang bekas yang available. 3. Boleh guna sebarang hiasan yang edible yang available. Minta izin dengan tuan rumah dulu ye. 4. Hanya 4 scoop aiskrim maksima setiap pasangan. 5. Masa menyediakan bahan dan menyecoop aiskrim diberi. 6. Masa menghias 2 minit.
Seronok tengok skill masing2 menghias aiskrim. Macam2 tema digunakan. Sungguh kreatif. Abu Nabhan dan Mirin bertindak sebagai juri. Mula2 nak buat undian perbadi semua orang, bagi lebih adil. (Undi SMS, hehe) Tapi lambat pulak, sebab aiskrim dah makin cair. So, semua sepakat akur pada keputusan juri. Tak pe, juri memang adil dan tidak ada unsur berat sebelah, insya Allah.
Keputuan Acara Menghias Aiskrim Tempat Pertama: Inda dan Kai
Tempat kedua: Fazilah dan Zaidi
Tempat ketiga: Maryam dan Iftida
Acara penyampaian hadiah dilangsungkan. Tahniah buat mereka yang berjaya. Yang tak berjaya, bukan tak terer, kita cuba lagi lain masa.
Pastu semua pakat makan aiskrim berhias dengan pasangan masing2. Tinggal moderator pertandingan dan juri dan makan aiskrim tak berhias. Huhu. Rupanya makanan yang berhias ni memang lagi sedap la. Psychology effect.
Dah siap semua, kami pun bersurai. Pengalaman picnic hari ini memang seronok. Alhamdulillah. Picnic beramai2 lagi seronok dari picnic dengan keluarga sendiri sahaja, atau dalam bilangan yang kecil. Di samping dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan, pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama.
[Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Al-Baqarah : 22]
Insya Allah, diizinkan Allah, kita picnic lagi di masa akan datang. Ada cadangan ke mana?
Peluang berada jauh dari tanahair perlu saya manfaatkan untuk mencatat pengalaman yang dilalui buat dikongsi bersama sahabat juga kenangan dan pedoman di masa depan. Pelbagai bekalan bermanfaat turut saya himpunkan di sini untuk manfaat saya juga sahabat2. Berjalan di dunia pun perlukan bekalan dan persiapan, apatah lagi perjalanan menuju akhirat. Sesungguhnya dunia hanya jambatan menghimpun bekal ke akhirat yang abadi…
SOMETHING BENEFICIAL
Cashback
Photos
Register now! Get 25 free 4½"x6" Photo Prints + won a Digital Photo Frame!