Trip ke St Andrews
Hari ini bawa M jalan2 ke St Andrews.A. British Golf Museum
Weekend ini, masuk adalah percuma ke British Golf Museum. So, kami pun mengambil kesempatan meninjau2 sejarah Golf. St Andrews memiliki padang golf tertua di dunia. Di sini juga bertempatnya The Open, pertandingan Golf dunia yang berprestij.
Antara yang menarik,
1. Raja Scotland dulu2 James II pernah mengharamkan permainan golf kerana sukan memanahnya kurang sambutan kerana orang beralih arah kepada golf.
2. Wanita dulu main golf pakai baju labuh kembang. Tak de seksi2 cam zaman sekarang. Harap tak pakai tudung aje. Kalau tak, dah lengkap tutup aurat.
3. Bola golf:
Bola golf pertama (feather ball) dibuat dengan kulit 3 keping yang dijahit kemudian disumbat dengan bulu burung. Sehari pembuat bola boleh menyiapkan hanya 4 biji bola. Bayangkan hari ini, pemain golf buang2 aje bola golf terutama kat course yang ada kolam.
Mengikut kajian scientific, paling jauh bola bulu burung ini boleh pergi ialah 201 yards 1 foot and 11 inches. Dan yang paling pendek ialah 182 yards 2 feet and 3 inches.
Kemudian, ada jenis bola yang dibuat dari Gutta Percha. Macam pelik benda ini. Nampak setempek aje. Bila saya rujuk balik dalam buku yang dibekalkan, saya terkejut.
“What is Gutta Percha? It is the sap from the Palaquium genus of trees native to South-East Asia. The names comes from the Malayan name “gueta” meaning gum and “percha” meaning cloth.
Guess what? Getah perca!!! Ni mesti zaman penjajah dulu bawa balik getah perca ke Britain, kemudian buat bola golf. Lepas tu jual balik kat kita dengan harga yang tinggi.
Bola getah perca ini (dikenali juga sebagai gutty) mengambil masa 6 bulan untuk keras dan boleh digunakan dan tahan sehingga setahun setengah sebelum menjadi sangat keras dan tidak sesuai lagi untuk digunakan.
Selain dari buat bola ada banyak lagi kegunaan gutta percha ni. Gutta Percha 1, Gutta Percha 2, Gutta Percha 3,
4. Asal golf.
Permainan bola dengan batang ada banyak. Hoki, cricket, tenis dll. Tapi dipercayai, golf berkembang dan mendapat cultural continuitynya di Scotland. Muka bumi Scotland yang semulajadi macam padang golf menjadikannya sesuai untuk bermain golf. Kerana itu di sini, golf adalah permainan rakyat marhaen sahaja. Dulu2 ye lah, sebab kosnya sangat mahal, hanya golongan bangsawan sahaja boleh beli bola golf, club dan menyertai club golf yang dilatih oleh so call professional golf.
Tapi kat negara2 lain seperti Malaysia, golf ni dikira hi-class punya permainan, kerana itu bentuk muka bumi kita yang berhutan tropika diubah dan ditanam rumput special untuk menjadi padang golf.
Sepatutnya kita perlu cipta permainan kita sendiri yang sesuai dengan bentuk muka bumi kita. Baru unik dan menarik pelancong datang. Kalau buat padang golf untuk menarik pelancong, mereka pun tak hairan.
Contoh macam di UAE, terkenal dengan sukan burung helang, kapal layar, yang sesuai dengan bentuk muka bumi mereka yang berpadang pasir dan berpantai.
Keluar dari muzium, Nabhan berlari kat padang, seronok betul dia. Dapat berlari kat padang luas.
Di padang depan laut tu boleh main Golf 18 lubang dengan bayaran GBP1 sahaja. Tapi gaya putt ajelah. Bukan drive. Ingat nak try juga. Tapi weekend ini orang sangat ramai, berbas2 pelawat datang. Lagi pun tengah ada The Open sekarang ni.
B. Aiskrim Janetta.
M try aiskrim Ferrero Rocher, aiskrim kegemaran abang. Abang try Ameritto dan saya Hokey pokey. Rupanya Ameritto tu rasa macam marzipan. Last2 Nabhan tolong habiskan Ameritto, dia suka! Abang tambah Dutch coklat+peanut butter. Hmm Sedapnya kata abang sampai bulat mata. Kitorang ketawa tengok abang buat camtu. Comel.
Second round, Abang - Pistachio, M - Choc fudge dan saya - Elderflower sorbet. Malang nasib abang, Pistachio tu pun rasa marzipan jugak. Apa lagi sekali lagi Nabhan tolong habiskan. Maknanya Nabhan telah mencipta rekod habiskan hampir sebatang setengah aiskrim (tolak yang ummi dan abah tolong jilat yang meleleh2).
C. Berries picking
Kami ke Allan Hill untuk memetik Strawberry. Rupanya tempat strawberry yang atas tanah tempat kami petik dulu dah open untuk petik cam tu aje, boleh makan kat situ. Yelah, ladang berries mereka dah luas, jadi tak terkutip untuk jual. Sedekah aje lah kat pengunjung. Menariknya kat Alan Hill;
i. sesuai untuk bawa budak2 ada mainan seperti buaian, golongsor, pasir untuk buat castle macam kat pantai, bongkah jerami untuk main sorok2, puzzle dari net hijau untuk kanak2 main2 sesat2. Rendah aje, tapi untuk kanak2 cukup la macam kota sesat. Menariknya jugak permainan2 ni dibuat sendiri aje oleh pemilik. Bukan beli siap yang mahal2 tu. Bagus betul, mesra alam dan kreatif.
ii. Pemandangannya indah sebab ada ladang gandum, sungai dan laut sebagai background.
iii. Pelbagai jenis berries ada, raspberry, strawberry, blackberry, blueberry. Yang kami belum rasa ialah gooseberry. So, kami pick sikit dan bawa balik. Blueberry pun sedap. Saya pernah makan blueberry muffin. Yang buah betul ni rasa masam manis macam…. Kemunting!. Rindu zaman kecil2 dulu kutip kemunting kat semak tepi rumah kat Dungun. Sedap. Sekarang semak dah tak de, Kemunting turut pupus. Kira kemunting tu species berry jugak la.
iv. Ada restoran yang menghidangkan pelbagai makanan dan minuman yang berasaskan berries. Kek., muffin, pie. Telur, madu dan sayur2an pun dijual. Madu tu diorang ‘tanam’ sendiri. Allan Hill honey. Ada madu putih dan madu kuning. MADU PUTIH? Ingatan masam macam royal jelly. Tak rupanya. Memang rasa macm madu juga. Cuma bunga yang disedut oleh lebah berkenaan menjadikan madu itu putih. Subhanallah. Hebatnya ciptaan Allah.
v. Kat belakang tu ada kilang gandum. Jadi pemilik ladang ini mmang berbudi kepada tanah dan mendapat hasilnya. Tak payah susah2 makan gaji.
D. Balik
Nabhan makan strawberry dalam kereta. Saya letak bakul strawberry atas ribanya. Lazat sungguh tengok dia menyuap dan mengunyah strawberry. Yelah warnanya merah terang dan berkilat2. Baju comot tak kira lah. Tetiba, Nabhan diam sambil merenung sebiji strawberry. Kenapa? Saya tanya. Dia masih diam, lama dia renung buah itu. Lagi dan lagi. Kemudian matanya separuh, dan terus terpejam. Strawbery masih dalam genggaman. Tangan satu lagi pegang kotak blueberry dalam bakul. Nabhan dah tidur!!
Kelakar betul tengok dia terpejam tak terjaga2 dah walau dipanggil dan dicuit2. Keletihan berlari dan berjalan tadi. Akhirnya dia tertidur kekenyangan.
Masa kami beransur pulang dari Allan Hill tadi lagi muka dia dah tak senyum waktu ambil gambar, sebab mengantuk.
Alhamdulillah, berakhir satu trip ke St Andrew.
Berbangga juga sebab Melayu pernah menyumbang dalam perkembangan golf iaitu bolanya dibuat dari getah perca. Yang termaktub dalam sejarah golf hari ini sebagai Gutta Percha. Saya ingat kami kena pergi perbetulkan kat muzium tu, percha bukan bermakna kain, tapi adalah cebisan. Tentu jadi big contribution kepada arkib sejarah.
Balik tengok berita, Tigerwood menang dalam The Open. Emosional pulak mamat tu dah menang, menangis. Tigerwood ni Negro campur Siam. Mak dia Siam. Kira asal dia dekat la jugak dengan Malaysia.